ADVIORA
Cuba percuma
Untuk peniaga TikTok di Malaysia

Upload gambar. Dapat video TikTok siap.

AI menulis hook, copywriting dan storyboard iklan, kemudian Google Gemini menjana video 10 saat daripada gambar produk anda. Muat turun dan post ke TikTok dalam beberapa minit.

Cuba percuma, 5 storyboard Lihat cara ia berfungsi

Tanpa kad kredit. Tanpa kemahiran edit video.

Gambar produk anda
Tudung senget lepas 2 jam?
@kedaianda Satin premium, kekal kemas sepanjang hari. Link di bio untuk tempah. #tudung #ootd
3 versi hook 1. Tudung senget lepas 2 jam? 2. Satin yang tak licin 3. Siap dalam 1 minit
Suara BM / English
Sedia untuk dimuat turun
Cara ia berfungsi

Upload gambar, semak storyboard, jana video.

01

Upload gambar

1 hingga 3 gambar produk yang jelas, serta nama jenama dan cara membeli. Itu sahaja input anda.

02

AI tulis storyboard

AI baca gambar dan tulis storyboard iklan 10 saat: hook, 5 babak, suara latar, caption dan hashtag. Pilih angle iklan seperti masalah-penyelesaian, unboxing atau ASMR.

03

Jana video AI

Google Gemini menjana video menegak 9:16 daripada gambar produk anda, dengan suara latar BM, English atau campur.

04

Muat turun & post

Tonton, muat turun MP4 dan upload ke TikTok bersama caption yang disediakan. Post terus dari Adviora akan datang.

Setiap produk diingati. Bila anda jana semula, AI menulis versi baharu dengan hook, latar dan jalan cerita yang berbeza supaya kandungan anda tidak berulang.

Semua dalam satu tempat

Dari gambar produk ke video iklan TikTok.

Storyboard & copywriting AI

Hook 3 saat pertama, 5 babak storyboard, caption dan hashtag yang relevan, semuanya boleh diedit.

Suara BM, English atau campur

Suara latar dijana bersama video dalam bahasa pilihan anda. Tiada rakaman diperlukan.

8 angle iklan

Masalah-penyelesaian, unboxing, ASMR, lifestyle, reaksi UGC, proses dan lain-lain. Uji beberapa versi untuk A/B test.

Video AI Google Gemini

Gambar produk statik ditukar menjadi video bergerak 10 saat, dengan produk kekal seperti gambar asal.

Tiada kandungan berulang

Setiap versi baharu untuk produk yang sama dibuat berbeza: hook, latar dan jalan cerita baharu.

Post terus & analitik (akan datang)

Post terus ke TikTok dan lihat hook mana paling ditonton, selepas integrasi TikTok diluluskan.

Add-on TikTok Ads · akan datang

Iklan yang rugi dihentikan. Iklan yang menang di-scale. Anda yang luluskan.

Sambung akaun TikTok Ads Manager anda. Sistem memantau prestasi dan mencadangkan tindakan mengikut peraturan yang selamat, tanpa mengganggu learning phase TikTok.

Stop lossCadangan menghentikan kumpulan iklan yang berbelanja tanpa jualan atau CPA terlalu tinggi.
Scale bajetCadangan menaikkan bajet kumpulan iklan yang menang secara berperingkat, ikut mod yang anda pilih.
Kelulusan anda dahuluTiada perubahan dibuat pada akaun iklan anda sehingga anda klik Lulus. Laporan prestasi dalam Studio.
Pilih mod anda

Stop loss sederhana. Bajet naik 20% setiap 48 jam. Sesuai untuk kebanyakan peniaga.

Log tindakan Contoh
Kumpulan iklan Hook #2 dihentikan (diluluskan): belanja RM45 tanpa jualan.
Bajet iklan Hook #1 dinaikkan 20%: CPA RM8, sasaran RM15.
Cadangan: hentikan Hook #3, CPA RM32 melebihi sasaran. Menunggu kelulusan anda.

Bajet iklan dibayar terus kepada TikTok dari akaun anda sendiri. Kami tidak memegang wang iklan anda.

Harga

Video tanpa had. Guna kunci Google Gemini anda sendiri.

Starter

Untuk mula mencuba
RM39/bulan
4 storyboard sehari · video tanpa had
  • 1 akaun TikTok
  • Storyboard, hook & caption AI
  • Video AI 10 saat dengan kunci Gemini anda
  • Suara BM, English atau campur
  • 8 angle iklan
Pilih Starter

Growth

Untuk peniaga aktif
Disyorkan
RM59/bulan
6 storyboard sehari · video tanpa had
  • 2 akaun TikTok
  • Semua dalam Starter
  • 50% lebih storyboard berbanding Starter
  • Sesuai untuk pasukan kecil
  • Layak untuk add-on Ads (akan datang)
Pilih Growth

Pro

Untuk jenama yang post setiap hari
RM89/bulan
9 storyboard sehari · video tanpa had
  • 3 akaun TikTok
  • Semua dalam Growth
  • Storyboard paling banyak
  • Sesuai untuk post setiap hari
  • Layak untuk add-on Ads (akan datang)
Pilih Pro
Cara bil berfungsi
Adviora storyboard, hook & caption AI Google video dibil terus ke akaun Google anda (lebih kurang RM4.50 / video)
Percubaan: 5 storyboard percuma
Add-on TikTok Ads (akan datang): pakej dan harga dipaparkan di dalam Studio selepas log masuk.Lihat di Studio
Program affiliate · akan dibuka

Kongsi link. Dapat komisen setiap bulan.

Komisen berulang selama 12 bulan untuk setiap pelanggan yang anda bawa.

  • 30% untuk langganan video, 20% untuk add-on Ads
  • Tempoh cookie 60 hari
  • Dibayar bulanan melalui ToyyibPay, minimum RM100
Sertai program affiliate
Komisen langganan videoSetiap pelanggan aktif, berulang 12 bulan
30%
Contoh: 10 pelanggan Growth (RM59)Anda terima lebih kurang RM177 sebulan

Agensi? Tanya tentang pelan reseller white-label.

Soalan lazim

Perlukah saya tahu edit video?

Tidak. Anda hanya upload gambar produk dan isi nama jenama serta cara membeli. Storyboard, hook, suara latar dan video dibuat oleh AI.

Bolehkah Adviora post terus ke TikTok?

Belum. Buat masa ini anda muat turun video dan upload sendiri ke TikTok. Post terus dari Adviora akan ditambah selepas integrasi TikTok diluluskan, dan anda tetap perlu meluluskan setiap post.

Siapa bayar bajet iklan TikTok?

Anda bayar terus kepada TikTok melalui akaun TikTok Ads Manager anda sendiri. Add-on kami hanya mengurus dan mengoptimumkan iklan dalam had bajet yang anda tetapkan.

Kenapa perlu kunci Google Gemini sendiri?

Video dijana atas akaun Google anda, jadi Adviora tidak menghadkan bilangan video. Google mengebil anda terus melalui kredit prabayar di AI Studio, lebih kurang RM4.50 setiap video 10 saat. Cipta kunci di aistudio.google.com, tambah kredit di halaman Billing, kemudian tampal kunci di Studio. Kunci disimpan bersulit dan boleh dipadam bila-bila masa.

Apa berlaku jika had storyboard harian dicapai?

Had baharu bermula esok. Anda masih boleh menjana video semula daripada storyboard yang sudah ada tanpa had. Perlukan lebih banyak? Naik taraf ke Growth atau Pro.

Bagaimana saya membayar langganan?

Langganan dibil setiap bulan melalui Stripe menggunakan kad debit atau kredit. Kos video dibil berasingan oleh Google ke akaun Google anda. Batal bila-bila masa dalam Studio (Urus langganan).

Video TikTok pertama anda, dari satu gambar.

Mula dengan 5 storyboard percuma. Tanpa kad kredit.

Cuba percuma