Dasar Privasi
Bagaimana Adviora mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda.
Berkuat kuasa: 29 September 2026
1. Siapa kami
Adviora ialah perkhidmatan yang dikendalikan oleh FH USAHA NIAGA (No. Pendaftaran 202103031495 (003233343-T)), beralamat di No 4, Jalan 2/108C, Taman Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ("kami"). Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
2. Data yang kami kumpul
- Borang akses awal: nama, emel, nombor telefon, nama kedai atau jenama, pelan yang diminati dan bahasa pilihan.
- Akaun TikTok (apabila anda menyambungkannya): ID unik akaun TikTok anda bagi aplikasi kami, nama paparan dan gambar profil, melalui kebenaran asas profil yang anda berikan.
- Semasa menggunakan perkhidmatan: gambar produk yang anda upload, maklumat Profil Jenama, kandungan yang dijana, dan jika anda melanggan add-on TikTok Ads, data kempen dan prestasi iklan daripada akaun TikTok Ads Manager anda.
- Bayaran: diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad anda.
- Data teknikal: log pelayan standard (seperti alamat IP dan masa akses) untuk keselamatan dan mencegah penyalahgunaan. Website ini menyimpan pilihan bahasa anda dalam pelayar sahaja; kami tidak menggunakan kuki penjejakan atau iklan.
3. Tujuan penggunaan data
- Memproses pendaftaran akses awal dan menghubungi anda tentangnya.
- Menyediakan perkhidmatan: menjana video, menulis copywriting, post ke TikTok dan mengurus iklan atas arahan anda.
- Memastikan setiap akaun TikTok hanya menerima kredit percuma sekali.
- Bil, sokongan pelanggan, keselamatan dan pematuhan undang-undang.
- Menghantar maklumat produk, jika anda bersetuju. Anda boleh berhenti menerimanya pada bila-bila masa.
4. Perkongsian data
Kami tidak menjual data peribadi anda. Kami hanya berkongsi data dengan pihak yang membantu kami menyediakan perkhidmatan, setakat yang diperlukan:
- Penyedia hosting pelayan (Hostinger).
- TikTok, untuk sambungan akaun, post kandungan dan pengurusan iklan yang anda benarkan.
- Penyedia AI, penjanaan video dan suara, untuk menghasilkan kandungan anda.
- Stripe (bayaran langganan) dan ToyyibPay (bayaran komisen affiliate).
- Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.
Sesetengah penyedia ini memproses data di luar Malaysia. Kami memilih penyedia yang mempunyai perlindungan data yang munasabah.
5. Tempoh penyimpanan
Data pendaftaran akses awal disimpan sehingga akaun anda diaktifkan, atau sehingga 24 bulan jika tiada tindakan, kemudian dipadam. Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif dan untuk tempoh yang diperlukan oleh undang-undang (contohnya rekod bil). Anda boleh meminta pemadaman lebih awal.
6. Keselamatan
Data disimpan di pelayan dengan akses terhad, dihantar melalui sambungan HTTPS yang disulitkan, dan halaman pentadbiran dilindungi kata laluan. Tiada sistem yang 100% selamat; jika berlaku kebocoran data yang menjejaskan anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa seperti yang dikehendaki undang-undang.
7. Hak anda
Di bawah PDPA, anda berhak untuk:
- Meminta akses kepada data peribadi anda.
- Meminta pembetulan data yang tidak tepat.
- Menarik balik persetujuan dan meminta pemadaman data.
- Memutuskan sambungan akaun TikTok anda pada bila-bila masa, melalui kami atau tetapan aplikasi TikTok.
Hantar permintaan ke prospectlead.ai@gmail.com. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari.
8. Kanak-kanak
Perkhidmatan ini untuk peniaga berumur 18 tahun ke atas. Kami tidak sengaja mengumpul data kanak-kanak.
9. Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Tarikh berkuat kuasa di atas akan dikemas kini, dan perubahan penting akan dimaklumkan kepada pengguna berdaftar.
10. Hubungi kami
FH USAHA NIAGA (202103031495 (003233343-T))
No 4, Jalan 2/108C, Taman Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Emel: prospectlead.ai@gmail.com
WhatsApp: 011-7590 0165